Sunday, April 10, 2011

Raja Putih Sarawak...^.^

Raja Putih

 
Raja Putih ialah sebuah dinasti pemerintahan sebuah keluarga orang putih di Sarawak iaitu keluarga Brooke. Raja Putih juga dikenali sebagai Rajah Sarawak atau Rajah Putih. Penggunaan kata Rajah adalah untuk membezakan gelaran keluarga diraja dengan keluarga Brooke.
Sarawak ialah sebuah jajahan milik Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke (Raja Putih pertama Sarawak) mendapat tanah dan lama kelamaan Sarawak menjadi semakin besar.
Selepas Perang Dunia II, Raja Putih Sarawak yang terakhir menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British. Gelaran Raja Putih diperolehi kerana keluarga Brooke merupakan orang putih jadi begitulah gelaran Raja Putih terhasil.

Ada tiga orang Raja Putih:-

Sejarah Sarawak

Nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh Sarawak.

Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, alat perkakas, tembikar, dan bekas perkuburan di Gua Niah serta lukisan yang diconteng pada dinding gua membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi. Kewujudan manusia di Sarawak bermula kira-kira 40,000 tahun dahulu. Penemuan ini telah membuktikan bahawa Sarawak sebagai salah sebuah negeri terawal yang didiami oleh manusia di Asia Tenggara.

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13, Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak.

Orang melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han dari negara China di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncul golongan bangsawan Sarawak yang bergelar "Abang" dan gelaran "Abang" juga dikaitkan dengan golongan raja atau bangsawan yang berasal dari kerajaan sintang yang terletak di kalimantan barat(rujuk salasilah kerajaan sintang).

Golongan tersebut atau perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bandar, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Kehadiran keluarga Brooke sedikit sebanyak menstabilkan keadaan di Sarawak kerana tetangan hebat dari penduduk asal Dayak terhadap pencerobohan tersebut di mana petempuran di antara pejuang Dayak dengan golongan pendatang tercatit dalam 'Papan Turai'.

Pic Makanan Di Sibu - tempat saya....^.^










Picture Kawan Kawan Di KKMG Kuching.... 2007 - 2008





BAGAIMANA MENGENAL DIRI SENDIRI

Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda sendiri !

Apabila Anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai, sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut :
  • Apa yang anda suka buat?
  • Apa yang perlu anda lakukan?
  • Apa yang penting buat anda ?
  • Kemahiran apa yang anda ada ?
  • Apakah tahap pendidikan anda ?
  • Latihan apa yang telah anda jalani ?
  • Pengalaman apa yang anda ada ?
  • Apakah perkara yang boleh mendorong anda ?
  • Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain ?

Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah :
Mengenal Diri Sendiri
Meneroka Pilihan
Membuat Keputusan
Mengambil Tindakan
Ingat !
Pilihan tepat , kerjaya manfaat, hidup berkat.

Meneroka Pilihan
Jenis Personaliti
Realistik - kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan.Mempunyai keupayaan mekanikal
Investigatif - melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.
Artistik - melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi.Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.
Sosial - melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.
Keusahawanan - melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan )
Konvensional - Melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir.Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik.

7 LANGKAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN
  1. Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat ( seperti memilih laluan untuk kerjaya, memilih kursus, memilih institut )
  2. Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda.
  3. Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda.
  4. Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan.
  5. Buat satu pilihan.
  6. Rancang bagimana keputusan itu dapat dijalankan.
  7. Buat tindakan sewajarnya.

Thursday, January 27, 2011

TeNTang SeSeOrang


teruntukmu hatiku
inginku bersuara
merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
berjalan pada satu
tanya slalu menggangguku
seseorang itukah dirimu kasih

kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
semua resah di diri
mencari jawab pasti

akankah seseorang yang kuimpikan kan hadir
raut halus menyelimuti jantungku

cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab

dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

GO....GO....ENJOY...^.^ 2010